Pelabur Siap Siaga! Fed, ECB Dan BOE Bakal Gegar Pasaran

1,473

US dolar kekal mengukuh menjelang ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di Forum Perbankan Pusat bersama-sama Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) dan England (BOE) pada sesi New York.

Pelabur pada sesi Eropah dapat menyaksikan US dolar meningkat berbanding mata wang sensitif risiko dolar Aussie dan New Zealand, tetapi keuntungan yang dicatatkan terhad berbanding euro.

Euro pada awalnya juga tergelincir lebih rendah pada pembukaan sesi Eropah susulan data inflasi di negeri Rhine-Westphalian Utara (NRW) Jerman telah turun 0.1% berbanding Mei.

Namun, kerugian tersebut kembali dikurangkan selepas data menunjukkan inflasi tahunan di Sepanyol telah meningkat kepada 10.2% pada bulan Jun daripada 8.7% pada bulan sebelumnya dan melepasi 10% kali pertama sejak 1985.

Pelabur kini menantikan data keseluruhan dari Jerman untuk menentukan tahap risiko kenaikan harga terkini yang melanda ekonomi Eropah.

Tiga penggubal dasar utama daripada Fed, ECB dan BOE akan memberi ucapan pada malam ini, yang dijangka akan menentukan pergerakan seterusnya mata wang dalam pasaran.

Fokus pasaran turut ditumpukan kepada bacaan akhir pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat yang diramalkan kekal menguncup pada suku pertama 2022.

Dalam pada itu, sentimen pasaran yang terus suram mengheret dagangan dolar Aussie dan kiwi untuk merosot lebih rendah berbanding dolar greenback. Dolar Kanada pula bertahan daripada kejatuhan dengan disokong pengukuhan harga minyak mentah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat