Pelabur ‘Tepuk Dahi’, Token Ciplak Floki Inu Ini Adalah Sebuah ‘Scam’!

2,674

Berdasarkan amaran yang dikeluarkan oleh firma keselamatan blockchain PeckShield, token tiruan Floki Inu iaitu Snowflake Floki didapati adalah suatu bentuk penipuan ‘honeypot’.

Teknik penipuan ini akan memerangkap para pelabur untuk membeli token dan dalam masa yang sama melumpuhkan keupayaan mereka untuk mennjualnya kembali. Dengan kata lain, pelaburan para pelabur tersekat dalam kontrak kerana semua pengeluaran dinyahaktif. Kebiasaanya, penipu atau scammer akan menyenaraihitamkan semua wallet lain kecuali wallet mereka sendiri.

Bentuk penipuan ini bukanlah suatu perkara baru. Sebelum ini pengguna blockchain Ethereum telah berhadapan dengan beberapa siri bentuk ‘honeypot’. Keadaan bertambah parah apabila Binance Smart Chai (BSC) yang jauh lebih murah untuk mereka ingin mengeluarkan token telah menjadi sasaran ‘scammers’.

Snowflake Floki disenaraikan di PancakeSwap iaitu platform terdesentralisasi yang dikuasakan oleh Binance Smart Chain pada hari Isnin. Baru sahaja ia disenaraikan, beberapa pengikut projek ini telah merasa tidak sedap hati kerana terdapat tanda-tanda penipuan. Dalam masa yang sama terdapat pengesan honeypot yang membolehkan mensimulasikan transaksi jual beli dan memberi status keputusan.

Sebelum ini, pada Oktober yang lalu, SQUID secara rasmi dilaporkan meninggalkan arena kripto. SQUID yang terinspirasi dari drama bersiri dari Korea Selatan,Squid Game telah mencetuskan fenomena seluruh dunia.

Terinspirasi dengan perkara tersebut, pada minggu lalu, aset kripto Squid Game (SQUID) telah menyertai pasaran kripto dan catat lonjakan 1,102.73% dalam 24 jam.

Namun sayangnya hal ini hanyalah seindah khabar dari rupa apabila pihak SQUID secara rasmi meninggalkan pasaran kripto. Harga aset kripto telah jatuh dari paras $2,800 kepada $0.0008 dimana kejatuhan harga ini membawa indikasi bahawa projek ini telah di terkena ‘rug pull’.

Mengambil ikhtibar daripada beberapa siri penipuan seperti ini,para pelabur hendaklah berhati-hati dalam melakukan pelaburan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat