Pelabur Tergelincir? Bursa Berundur Dari Paras Tertinggi 2 Bulan

609

Aktiviti profit-taking yang muncul menyebabkan indeks barometer Bursa Malaysia berundur dari paras tertinggi 2 bulannya.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 3.84 mata pada 1,476.27 sebelum turun 3.96 mata pada 1,476.15 berbanding penutupan Rabu pada 1,480.11.

Di pasaran meluas, kerugian pada 149 atasi keuntungan pada 121, manakala 200 kaunter pula tidak berubah, 951 tidak didagangkan dan 25 digantung.

Jumlah perolehan pada 182 juta unit bernilai RM38.7 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, sentimen pasaran ‘mencuka’ dengan pelabur menimbang potensi kemelesetan pada 2023 sambil memerhati pembukaan semula China dan kes jangkitan.

Ekoran itu, pasaran tempatan dijangka memasuki tempoh window-dressing dengan sektor perbankan dan telekomunikasi menjadi pilihan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Axiata Group Bhd dan AMMB Holdings Bhd hilang 3 sen pada RM2.98 dan RM4.08, Maybank dan Dialog Group Bhd susut 6 sen pada RM8.65 dan RM2.42. Telekom Malaysia Bhd (TM) kurang 8 sen pada RM5.32 dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) jatuh 5 sen pada RM9.25.

Sementara itu, PPB Group Bhd raih 12 sen pada RM17.60 dan Kuala Lumpur Kepong Bhd tambah 12 sen pada RM21.82.

Saham aktif memperlihatkan Eduspec Holdings Bhd turun 0.5 pada 1.5 sen sementara Focus Dynamics Group Bhd kekal pada 2 sen dan Saudee Group Bhd mendatar pada 4.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas susut 23.52 mata pada 10,595.36, indeks FBMT 100 jatuh 23.39 mata pada 10,312.29, indeks FBM Emas Shariah hilang 26.71 mata pada 10,823.67, indeks FBM 70 turun 11.06 mata pada 12,999.17 sementara indeks FBM ACE naik 24.68 mata pada 5,312.38.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan turun 42.37 mata pada 16.326.67, indeks Perladangan susut 4.94 mata pada 6,995.28, indeks Produk serta Perkhidmatan jatuh 0.04 mata pada 180.86 dan indeks Tenaga junam 6.44 mata pada 777.17.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat