Pelabur Tersentak GBP/USD Menjunam Hingga 200 Pips!

978

Agak mengejutkan buat pelabur apabila menyaksikan penyusutan ketara harga berlaku pada carta pasangan mata wang GBP/USD di penutupan dagangan minggu lalu.

Seperti mata wang utama yang lain juga, Pound turut terkesan oleh pengukuhan semula US dolar dalam pasaran selepas petunjuk untuk kenaikan kadar faedah sehingga 50 mata asas untuk bulan hadapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell.

Tambahan, Pound turut melemah susulan data ekonomi UK yang diterbitkan mengecewakan khususnya pada bacaan kadar jualan runcit UK yang mencatatkan angka yang merosot.

Namun, pelabur tidak menjangka penurunan harga sehingga 200 pips berlaku pada dagangan Jumaat lalu sehingga mencatatkan paras terendah terbaru sejak September 2020.

Pada Jumaat, sudah terdapat tanda-tanda untuk pergerakan bearish selepas harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

Setelah penurunan harga melewati zon support pada 1.3000, kejatuhan ketara harga sehingga 200 pips tersebut telah mencecah sehingga 1.28230 pada penutupan minggu tersebut.

Bersambung pada pembukaan pasaran di awal minggu ini, harga dilihat meneruskan lagi penurunan di sesi Asia sehingga ke paras sekitar 1.28000.

Penurunan harga dijangka akan berterusan dan pelabur akan memantau sejauh mana penurunan harga akan berlaku untuk mencari paras sokongan harga yang terbaru.

Sasaran penurunan berkemungkinan boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 1.27000.

Namun jika berlaku kenaikan semula harga, paras rintangan awal adalah pada 1.29000 sebelum kenaikan yang diteruskan bakal menuju semula ke zon 1.3000 tumpuan sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat