Pelabur Tersenyum Lebar Lihat BTC Kembali Meroket Ke Paras Harga $55,000!

1,344

Harga Bitcoin terus meroket sejak pembukaan bulan Oktober sehinggakan ke hari ini. Pada hari ini, harga Bitcoin telah berjaya meningkat sehingga ke paras harga $55,555 di Binance iaitu paras harga yang dicapai sejak Mei yang lalu.

Dalam tempoh 24 jam terakhir harga Bitcoin telah meningkat sebanyak 10% dan hampir 30% dalam tempoh 7 hari.

btcusd_chart

Berdasarkan carta di atas, harga Bitcoin telah mencapai paras tertinggi dalam sehari iaitu $ 55,555 pada pertukaran spot Binance sebelum kembali didagangkan pada paras dagangan $53,867.59.

Dalam masa yang sama, dominasi pasaran Bitcoin juga turut meningkat berikutan pemangkin daripada kenaikan harga aset kripto lain. Semasa penulisan, dominasi BTC berada hampir 45% iaitu tertinggi hampir dua bulan.Namun dalam 60 minit terakhir, terdapat sebanyak $145 juta yang dicairkan yang kebanyakannya berasal dari Huobi.

Antara faktor yang mendorong pengukuhan harga Bitcoin adalah kenyataan Bullish yang datang dari pengerusi SEC yang menyatakan bahawa SEC tidak mempunyai rancangan untuk mengikut jejak langkah China dan mengenakan larangan kripto secara langsung.

Hal yang senada turut disuarakan oleh the Fed pada sidang jawatankuasa yang sama minggu lalu dimana Jerome Powell mengulangi sentimen yang menyatakan bahawa bank pusat tidak mempunyai rancangan untuk melarang kripto.

Tumpuan SEC pada ketika ini adalah pada pemantauan dan mengelakkan daripada berlakunya pengubahan wang haram melalui kripto.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat