Pelabur Tesla Teruja Dengan Pembentangan Elon Musk

64

Tesla Motors Inc. melaporkan keuntungan bersih pertama pada suku ketiga dalam masa tiga tahun pada Rabu. Keuntungan ini disumbangkan oleh penjualan kereta elektrik mereka yang berjumlah $139 juta dan Elon Musk CEO Tesla Motors optimis mereka boleh mencatatkan keuntungan lagi pada suku keempat tahun ini.

Musk juga memberi isyarat akan dapat mengurangkan kos untuk pengeluaran kereta terbaru mereka Model 3 sedan tahun depan. Tesla juga tidak memerlukan tambahan dana untuk model ini.

Keuntungan suku ketiga ini dilihat oleh pemerhati pasaran boleh memberikan pilihan kepada CEO Tesla jika dia mahu mendapatkan lebih dana lagi. Keuntungan pada suku ini memperlihatkan kepada pengkhritik Musk bahawa beliau mampu membawa Tesla pergi lebih jauh dalam industri ini.

Musk yang mahu menggabungkan Tesla dan syarikat pembuat panel solar iaitu Solar City dalam satu syarikat akan menawarkan “sistem bumbung garaj tanpa tenaga karbon.”

Awal bulan ini, Tesla memberitahu pelaburnya yang dijangkakan mereka memerlukan dana untuk Model 3 sedan yang melibatkan pelaburan yang besar dalam machinery and product development  (mesin dan pembangunan produk).

 

Tesla Model 3
Tesla Model 3

Tesla menegaskan, pasaran bagi Model 3 di landasan yang betul bagi penghantaran pada separuh masa kedua 2017. Harga bagi Model 3 bermula daripada $35000 iaitu separuh daripada harga Model S sedan.

Dalam jangka masa pendek, Musk mengatakan Model S versi 100 kilowatt sejam yang bermula pada $134,500 dan boleh bergerak sejauh 315 batu (507km) akan menjadi kunci keuntungan Tesla.

 

Tesla Model S
Tesla Model S

Tesla setakat ini mempunyai $3.08 billion tunai setakat 30 september berbanding $3.25 billion pada suku kedua. Saham Tesla meningkat 6.2% pada mulanya semasa pembentangan laporan pendapatannya, dan selepas sejam dagangan ia didagangkan pada $211 sesaham.

 

Harga Saham Coca-cola Sudah Meningkat 6000% Sejak 1968!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat