Pelabur Tunggu Laporan Keputusan Kewangan

316

Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, disokong oleh minat belian ke atas beberapa kaunter produk pengguna dan perkhidmatan terpilih di tengah-tengah sentimen pasaran Asia yang berhati-hati.

Pada pukul 9.15 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 16.10 mata kepada 1,591.41 daripada 1,575.31 ketika ditutup pada Selasa petang.

Bernama melaporkan, indeks utama dibuka 9.75 mata lebih tinggi pada 1,585.06.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 351 berbalas 192 manakala 336 kaunter tidak berubah, 1,274 tidak diniagakan dan 61 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 434.04 juta unit bernilai RM340.17 juta.

Menurut Malacca Securities dalam satu nota hari ini, firma itu menjangkakan beberapa aktiviti pembelian saham murah akan muncul dalam tempoh terdekat terutamanya menjelang musim pelaporan keputusan kewangan Februari ini.

Mengambil petunjuk daripada bursa serantau yang lain, FBM KLCI susut semalam ekoran jualan besar-besaran dalam kaunter berwajaran tinggi dan berkaitan dengan Petronas.

“Terdapat kebimbangan yang kian ketara mengenai peningkatan berterusan kes Covid-19 dan ini mungkin boleh menyebabkan berlakunya lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dengan yang demikian, keadaan ini boleh mengehadkan potensi peningkatan indeks utama dalam tempoh terdekat sehinggalah kepada pelancaran vaksin,” ujar Malacca Securities.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik 9.0 sen kepada RM7.91, Public Bank menambah 11 sen kepada RM4.51, Petronas Chemicals meningkat 4.0 sen kepada RM6.79, TNB mengembang 18 sen kepada RM9.88 sementara Top Glove lebih tinggi 7.0 sen kepada RM6.27.

Saham paling cergas pula, Mestron mengukuh setengah sen kepada 23 sen, Iris Corp menambah 1.5 sen kepada 38.5 sen sementara DNeX dan Mega Sun City masing-masing meningkat 1.0 sen kepada 29 sen dan 14.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 101.92 mata kepada 11,500.81, Indeks FBMT 100 melambung 102.58 mata kepada 11,241.10 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 92.26 mata pada 12,924.91.

FBM 70 lebih tinggi 91.30 mata kepada 14,768.70 sementara FBM ACE turun 25.71 mata kepada 10,772.89.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 153.44 mata kepada 14,850.89, Indeks Perladangan naik 4.10 mata kepada 7,188.45 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian peroleh 1.22 mata kepada 171.68.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat