Pelabur Waspada EUR/USD Papar Isyarat Trend Penurunan Harga

420

Menjadi isu tumpuan pada minggu ini, krisis Rusia-Ukraine yang semakin tegang bakal memberi impak terhadap pasaran kewangan dengan sentimen pasaran dinilai berisiko.

Dengan tarikan terhadap safe-haven yang meningkat, mata wang US dolar juga turut menerima tempias positif tersebut selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada minggu lalu juga turut menjangkakan pengukuhan US dolar pada minggu ini.

Situasi ini akan kembali memberi tekanan hebat terhadap mata wang utama yang lain dalam pasaran khususnya mata wang Eropah.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga telah mula memberikan isyarat untuk perubahan trend bearish atau penurunan harga.

Selepas kenaikan harga pada Khamis lalu mencapai paras ketinggian sekitar 1.14900, harga kembali susut 160 pips sehingga penutup dagangan minggu lalu ke paras sekitar 1.13300.

Penurunan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada Jumaat sudah mula memberi isyarat untuk perubahan trend bearish di samping pengukuhan US dolar yang bakal menekan harga lebih rendah.

Situasi yang berterusan bakal memperlihatkan harga susut menuju zon tumpuan sekitar 1.12600 ketika lonjakan harga yang berlaku pada mesyuarat polisi bank pusat Eropah sebelum ini.

Penurunan lanjut harga berkemungkinan akan ke paras 1.12000 atau lebih rendah lagi untuk kembali ke zon support pada 1.11300.

Sebaliknya, jika berlaku lonjakan harga semula, paras 1.14000 akan menjadi tumpuan awal harga untuk menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Kenaikan lebih tinggi akan kembali menuju zon ketinggian yang dicapai minggu lalu sebelum meneruskan pendakian ke paras sekitar 1.15300 untuk harga mencatatkan paras ketinggian terbaru 14 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat