Pelabur Waspada GBP/USD Berlegar Di Paras Puncak

603

Mata wang Pound Sterling pada awal minggu ini dilihat mempamerkan peningkatan nilai dagangannya susulan UK menjadi antara negara yang mencatatkan peratusan tinggi langkah vaksinasi dalam populasi.

Timbul isu kurang senang apabila Kesatuan Eropah (EU) pada Jumaat lalu telah menyekat eskport vaksin selepas mendakwa syarikat vaksin British, AstraZeneca melebihkan pasaran negara mereka sehingga menjejaskan kontrak vaksin dengan EU.

Sesi pasaran Asia pada pembukaan dagangan pada minggu ini turut menyaksikan pergerakan Pound yang lebih kukuh berbanding US dolar.

Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga yang bermula sekitar paras 1.37000 menunjukkan corak kenaikan namun masih berada dalam zon resistance beberapa minggu lalu.

Sehingga setakat awal sesi Eropah, harga telah berjaya meningkat 50 pips ke paras ketinggian 1.37500 namun momentum harga masih perlahan.

Dengan pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa  1 jam, pelabur kekal melihat trend bullish harga buat carta GBP/USD.

Kenaikan harga yang berjaya melepasi zon resistance semasa akan menuju ke paras ketinggian sekitar 1.38300 sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan April 2018.

Namun jika harga bergerak turun semula dari zon resistance 1.37000, penurunan harga dilihat akan menguji zon RBS (resistance become support) pada 1.36000.

Penurunan lebih rendah seterusnya akan ke zon RBS 1.35300 dan juga paras tumpuan 1.35000.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat