Pelabur Waspada, Ini Jadi Pada Pasaran Saham AS Pada Awal Minggu!

306

Kewaspadaan pelabur menjelang penerbitan data inflasi Amerika Syarikat tampaknya mempengaruhi pergerakan pasaran Wall Street pada hari Isnin.

Ini diperlihatkan pada dagangan bercampur-campur dalam tiga indeks utama yang bergelut mencari arah tuju yang jelas pada awal minggu.

S&P 500 ditutup positif pada 4,138.13, manakala Nasdaq Composite pula naik 0.25% kepada 13,291.64. Sementara Dow Jones Industrial pula jatuh 0.16% kepada 33,620.42.

Indeks US30 pula sedikit berubah pada sekitar paras 33,596 pada sesi Asia.

Tumpuan utama pelabur minggu ini adalah data inflasi AS yang akan dijadikan petunjuk kepada penetapan kadar faedah seterusnya oleh Federal Reserve (Fed).

Secara berasingan, beberapa saham perbankan menokok tinggi, menyaksikan Pacwest meraih keuntungan 3.6%, manakala Western Alliance naik 0.6% dan JPMorgan Chase menokok 0.2%.

Pacwest mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan dividennya kepada hanya 1 sen sesaham daripada 25 sen sesaham pada suku sebelumnya.

Minggu lalu, kebimbangan timbul mengenai kejatuhan First Republic Bank, yang membawa kepada kerugian besar dalam saham bank serantau.

Walau bagaimanapun, saham-saham bank mula menunjukkan kestabilan pada hari Isnin.

Sementara itu dalam dagangan lanjutan, saham Paypal susut 5.2% susulan jangkaan suku semasa yang lemah untuk pendapatan sesaham.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat