Pelabur Waspada Nantikan NFP, Ke Mana Arah USD?

757

Laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang bakal diterbitkan hari ini akan menjadi penentu sama ada matlamat Federal Reserve (Fed) untuk melihat pertumbuhan pasaran buruh yang berterusan tercapai.

Pembukaan sesi Asia menyaksikan dagangan US dolar kekal stabil berbanding sekumpulan mata wang utama lain. Indeks dolar sedikit susut pada 96.20.

Terdahulu, raja mata wang itu susut pada sesi New York susulan beberapa bacaan data yang sedikit mengecewakan.

Jumlah tuntutan pengangguran AS sedikit tersasar daripada jangkaan dengan meningkat sebanyak 207,000 pada minggu lalu, melebihi ramalan untuk tambahan hanya 199,000. Selain itu, bacaan data perkhidmatan ISM AS pula menunjukkan pertumbuhan yang lebih perlahan dari dijangkakan pada bulan Disember.

Bagaimanapun, dolar greenback kemudiannya berjaya memadamkan kerugian ekoran kenyataan pembuat dasar bank pusat AS, di mana Presiden Fed St Louis, James Bulalrd mengatakan mereka boleh menaikkan kadar faedah pada bulan Mac.

Sementara Presiden Fed San Fransisco, Mary Daly memberitahu bahawa bank pusat perlu meningkatkan kadar faedah untuk mengekalkan keseimbangan ekonomi.

Dengan harapan laporan NFP yang akan dikeluarkan pada sesi New York nanti terus menunjukkan pengukuhan, pelabur kini mengambil tindakan berhati-hati dalam meletakkan posisi.

Melihat kepada mata wang Eropah, pound membuktikan daya tahannya untuk terus mengukuh di paras ketinggian satu bulan berbanding dolar greenback. Tindakan Perdana Menteri Boris Johnson untuk melonggarkan sekatan di UK membuatkan pelabur yakin dengan pemulihan di negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat