Pelabur Waspada Pergerakan GBP/USD Menjelang Laporan Inflasi AS

425

Pound Sterling bergerak lebih suram sejak awal minggu ini, berbeza berbanding prestasi cemerlang dipamerkan pada minggu lalu.

Pelabur walau bagaimanapun masih melihat pengukuhan Pound bakal berlaku semula selepas Bank of England (BOE) sudah memulakan langkah pengetatan polisinya dengan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat minggu lalu.

Bergerak lemah pada pembukaan dagangan awal minggu, Pound dilihat cuba untuk meningkat lebih tinggi berbanding US dolar yang kini lebih suram menantikan terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat telah susut ke paras 1.35000 pada Isnin lalu selepas penurunan harga dari zon ketinggian 1.36200 yang dicapai susulan keputusan mesyuarat BOE.

Selepas corak penurunan dipamerkan di awal minggu, harga mula menunjukkan kenaikan semalam namun tidak berjaya melepasi paras 1.35600.

Kenaikan awal harga yang melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam kembali memberi isyarat untuk peningkatan harga semula.

Paras 1.35700 dilihat menjadi rintangan buat harga sebelum harga meneruskan kenaikan menguji zon ketinggian dicapai minggu lalu.

Zon support become resistance (SBR) pada ketinggian 1.36500 menjadi sasaran harga untuk kenaikan lebih tinggi untuk catatkan paras ketinggian terbaru 3 minggu.

Pelabur Pound akan menantikan ucapan Gabenor BOE, Andrew Bailey pada Khamis serta data pertumbuhan ekonomi UK pada Jumaat.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat