Pelabur Waspada, Semua Mata Pada Mesyuarat BOE!

306

Menghitung detik menuju mesyuarat polisi Bank of England (BOE), pelabur terus berwaspada dengan meletakkan dagangan pound kekal stabil berbanding US dolar pada sesi Eropah.

BOE dijangkakan secara meluas akan meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas selepas Gabenor Andrew Bailey memberi isyarat bahawa kenaikan tersebut akan dipertimbangkan pada mesyuarat akan datang.

Sekiranya bank pusat itu benar-benar menaikkan kadar sebanyak setengah mata asas, ia akan menjadi yang pertama sejak tahun 1997.

Bagaimanapun, kenyataan susulan daripada bank pusat dan Bailey selepas keputusan tersebut akan diteliti oleh pelabur yang bimbang bahawa BOE akan mengambil langkah serupa dengan Federal Reserve (Fed) dan Reserve Bank of Australia (RBA).

Fed dan RBA telah mula memberi petanda untuk memperlahankan pengetatannya setelah mengambil langkah agresif dalam menaikkan kadar faedah.

Sementara itu, US dolar didagangkan sedikit susut dengan indeks dolar berlegar pada sekitar harga 106.20 apabila tumpuan pelabur kini tertumpu kepada penerbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat.

Secara keseluruhan, risiko dalam pasaran dilihat terus memulih apabila pelabur mengalihkan tumpuan daripada isu Taiwan yang dicetuskan oleh lawatan Speaker Dewan AS Nancy Pelosi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat