Pelaburan 5 Tahun Yang Tak Membuahkan Hasil Kini Menjadikan Pemuda Ini Seorang Jutawan!

4,729

Ricky Gutierrez merupakan seorang pemuda berusia 24 tahun yang dilahirkan pada 2 Januari 1995 di Arizona, Amerika Syarikat. Di samping itu, beliau merupakan graduan dalam bidang perniagaan dan pengurusan teknologi dari Arizona State University.

Seterusnya, beliau adalah salah seorang pelabur yang semakin menempa nama ke peringkat global. Berdasarkan pengalamannya dalam dunia pelaburan, beliau menyediakan khidmat nasihat khusus dalam pelaburan matawang kripto, saham penny dan hartanah melalui Youtube Channel kepunyaannya.

Melalui medium tersebut, Ricky mendedahkan kepada para pengikutnya tentang asas-asas pelaburan saham penny dan beberapa nasihat mengenai pelaburan hartanah. Hakikatnya, kepakaran yang dimiliki oleh beliau dalam bidang kewangan ini telah berjaya menarik perhatian ramai sehingga mencatatkan jumlah 601,000 subscribers dan tontonan lebih daripada 37 juta orang.

Salah satu video popular yang dimuatnaik berjudul ‘A Day In Life With Arizona’s Youngest Millionaire’ yang merekodkan 1.3 juta tontonan.

Bukan itu sahaja! Ricky turut mencipta sebuah plan yang diberi nama ‘Learn Plan Profit’. Ianya merupakan koleksi video pembelajaran mengenai teknik melabur dengan berkesan dalam tempoh 6 jam sesi dagangan saham. Melalui usaha gigihnya itu, beliau telah berjaya membeli sebuah rumah mewah pada usia 20 tahun!

Sebelum berjaya mencipta nama, beliau juga mengalami kegagalan apabila pelaburan yang dijalankan selama 5 tahun tidak membuahkan hasil. Namun begitu, Ricky langsung tidak berputus asa dan terus belajar daripada kesilapannya.

Kini, pemuda 24 tahun ini merupakan seorang CEO sebuah syarikat rangkaian rakan sebaya yang dikenali sebagai TechBud Solutions. Syarikat tersebut ditubuhkan boleh didapati di pelbagai platform sosial yang bertujuan untuk menghubungkan para penggunanya dengan individu-individu yang positif. Di samping itu, beliau juga mempunyai sebuah medium pembelajaran tentang pelaburan yang mengenakan yuran sebanyak $355!

Selain daripada mendiami rumah mewah dan memiliki beberapa buah kereta sport, jumlah kekayaan yang dimiliki oleh Ricky adalah sebanyak $1.3 juta!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat