Pelaburan Asing Ke Dalam Pasaran Bon Jepun Berkurangan Minggu Lalu

30

Aliran modal masuk ke dalam pasaran bon Jepun jatuh mendadak minggu lepas seperti yang ditunjukkan oleh data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Jepun pada Jumaat.

Pelaburan bon oleh penduduk Jepun di luar negara pula susut sebanyak 580.4 billion Yen pada minggu berakhir 17 Mac berbanding kejatuhan 703.9 billion Yen pada minggu sebelum itu.

Pelabur asing pula dilihat menjual sehingga 149.4 billion saham pada tempoh sama berbanding minggu sebelum itu di mana penjualan mencecah sehingga 696.1 billion Yen.

Pelabur Jepun yang mencari hasil pelaburan bon yang lebih tinggi beralih kepada pasaran bon kerajaan Amerika (US Treasuries) sejak beberapa minggu yang lalu. Untuk memindahkan pelaburan ke AS, mereka terus mengeluarkan modal dari pasaran bon Perancis menjelang pilihanraya negara itu.

Pasaran saham Jepun (Tokyo Stock Exchange) mengalami kejatuhan awal minggu ini, yang disebabkan oleh penguatan nilai Yen dan juga risiko yang dibawa oleh Korea Utara.

Nikkei 225, susut 2.1% pada Rabu, sebelum membuat sedikit pemulihan pada sesi berikutnya.

Nilai Yen telah menguat dalam masa lima hari ini dan sedang didagangkan pada paras tertinggi tahun ini. Manakala US dolar pula masih belum mendapat sokongan dari The Fed walaupun kadar dinaikkan minggu lalu, ditambah lagi dengan ketaktentuan pentadbiran Trump.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat