Pelaburan Bon Luar Negara Jepun Jatuh ¥453.2 Billion Minggu Lepas

64

Hari ini, kementerian kewangan Jepun melaporkan, aliran modal ke dalam bon Jepun menurun pada minggu lepas.

Pelaburan bon luar negara jatuh ¥453.2 Billion di minggu yang berkahir pada 14 Ogos yang lalu, selepas susut ¥147.3 pada minggu sebelumnya. Pelaburan asing pada saham Jepun pula jatuh ¥300.1 billion pada minggu yang sama selepas turun ¥302.5 billion minggu sebelumnya.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Nikkei, kementerian kewangan Jepun akan mengadakan satu lagi sesi pertemuan bersama prospek pelabur-pelabur asing bagi bon kerajaan sebagai usaha untuk meluaskan lagi pelaburan ke dalam negara. Tahun lepas, pertemuan secara bersemuka ini telah meningkat sebanyak 87% berikutan tawaran yang lebih agresif diperlukan untuk mencari pelabur-pelabur baru.

Jumlah pelabur asing dalam bon kerajaan Jepun adalah sekitar 10 peratus. Dan beberapa tahun yang lalu, bank pusat Jepun (BoJ) telah mula mengeluarkan sejumlah bon yang besar sebagai salah satu langkah pelonggaran kuantitatif (QE) untuk menginflasikan semula ekonomi. Dengan BoJ ingin menerbitkan lagi bon kerajaan lebih daripada ¥100 trillion setiap tahun, kementerian kewangan sedang bertungkus lumus mencari pelabur-pelabur yang baru.

Yen Jepun terus kekal bergerak mendatar (sideway) selepas laporan dikeluarkan, namun telah menguat sejak beberapa bulan yang lalu. Paras terkini USD/JPY bergerak di sekitar 109.13 setakat jam 2.10 petang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat