Pelaburan China Di A.S Jatuh Ke Paras Kritikal Sejak Sedekad Lalu

326

Analisis terbaru yang dilakukan oleh Projek Pelaburan A.S – China menunjukkan pelaburan China di Amerika Syarikat (A.S.) jatuh ke paras $5 bilion pada 2019, menunjukkan penurunan daripada tahun sebelumnya dan merupakan paras terendah sejak krisis kewangan global sedekad yang lalu.

Krisis ini turut dikaitkan dengan faktor pelaburan yang perlahan berikutan sekatan China ke atas modal yang dikeluarkan, pengawasan ketat di A.S, pertumbuhan ekonomi yang perlahan di China dan ketegangan antara dua negara tersebut kerana pandemik Covid-19.

Berbeza pula pelaburan A.S ke atas China yang mencatatkan sedikit peningkatan hingga $14 bilion pada 2019 berbanding pada tahun sebelumnya dengan jumlah $13 bilion.

Laporan terdahulu menyatakan terdapat penurunan ketara pelaburan China ke A.S pada beberapa bulan pertama 2020 dengan pelaburan langsung yang diumumkan baru-baru ini sebanyak $200 juta berbanding $2 bilion per suku tahun lalu.

Namun, syarikat A.S bertindak mengumumkan pelaburan baru sebanyak $2.3 bilion di China pada suku pertama yang mana sedikit penurunan daripada purata suku tahunan 2019.

Insiden rantaian bekalan global yang rapuh mendorong beberapa syarikat A.S untuk memindahkan aktiviti pengeluaran dari China. Tetapi juga mungkin, pada waktu yang sama akan mendorong lebih banyak pelaburan ketika syarikat cuba untuk mencari lokasi operasi yang baru.

Susulan daripada keputusan pegawai daripada kedua-dua negara tersebut untuk meneruskan perjanjian perdagangan pada Jumaat lalu walaupun dilanda krisis ekonomi kerana Covid-19, Presiden Trump memberitahu bahawa keputusan untuk mengakhiri perjanjian perdagangan Fasa 1 A.S – China masih di dalam pertimbangan.

Situasi pandemik ini tidak dapat dinafikan telah meletakkan syarikat A.S. di China dalam tekanan sama ada untuk memindahkan kesemua operasi keluar dari negara itu dan mencari bekalan baru atau sebaliknya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat