Pelaburan Sampah? Logan Paul Tanggung Rugi $2.5 Juta Kerana NFT

8,071

Logan Paul seorang YouTuber, pelakon dan personaliti media sosial Amerika mengalami kerugian $623,000 dalam pelaburan non-fungible token (NFT) koleksi Azuki.

Malah pelaburannya dalam mata wang kripto juga tidak mendatangkan hasil apabila mengalami kerugian $500,000 susulan keadaan pasaran yang mengalami kejatuhan.

Hal ini berikutan kerana beliau sama seperti individu lain yang melabur dalam aset digital semasa pasarannya melonjak naik secara drastik.

Paul turut membuat tindakan serupa sewaktu pasaran NFT sedang mengecap populariti dengan membeli NFT Mutiara koleksi Azuki berjumlah $2.5 juta.

Oleh demikian, Paul mengalami kerugian kewangan yang serius ekoran keadaan pasaran NFT dan kripto menghadapi keruntuhan pada waktu sama.

Difahamkan kontroversi berlaku di kalangan komuniti kripto sejurus selepas NFT Azuki kini didagangkan pada harga $10 .

Namun begitu, tindakan Paul yang membeli NFT semasa pasaran menaik membuatkan kebanyakan pengguna Twitter mengejeknya.

Dalam pada itu, Paul mempelbagaikan portfolionya dengan melabur mata wang kripto terbesar Bitcoin (BTC) dan token alternatif bernilai $500,00 tetapi jumlah permodalan menjadi kurang daripada $1 bilion selepas pasaran kripto mengalami penyusutan pada tahun ini.

Secara rekod, kebanyakannya percaya bahawa pelaburan dalam koleksi digital adalah penipuan semata-mata tetapi sesetengah indivdu yakin sesungguhnya kejatuhan harga NFT berlaku disebabkan keadaan bearish yang berterusan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat