Pelajar 17 Tahun Berjaya Untung $72 Juta Dalam Pelaburan Saham Ketika Waktu Rehat Di Sekolah!

4,722

Mohammed Islam merupakan seorang remaja berusia 17 tahun yang berasal dari Queens, New York, Amerika Syarikat. Remaja ini mencuri perhatian ramai apabila berjaya memperoleh keuntungan mencecah $72 juta melalui pelaburan saham yang dijalankan ketika waktu rehat di sekolahnya! Biar betul!

Hakikatnya, Mohammed telah berkecimpung dalam dunia pelaburan sejak berusia 9 tahun lagi. Kini, waktu rehatnya di Stuyvesant High School diluangkan untuk menjalankan pelaburan minyak dan niaga hadapan emas.

Dalam suatu temubual, beliau enggan mendedahkan pendapatan sebenar yang diperolehi, sebaliknya menyatakan bahawa ianya mencecah 8 digit. Memang kaya! Dengan hasil kekayaan yang mencecah bilion dolar, Mohammed sering meluangkan masa bersama kawan-kawannya dengan menikmati hidangan mewah dan jus epal yang segar.

Selain itu, Mohammed turut mendedahkan bahawa beliau telah menggunakan wangnya untuk membeli sebuah kereta BMW walaupun belum memiliki lesen dan menyewa sebuah appartment di Manhattan. Walau bagaimanapun, kedua-dua ibu bapanya yang berasal dari Bengal tidak mengizinkan Mohammed berpindah keluar daripada rumah keluarga mereka yang terletak di Queens.

Meskipun sudah bergelar jutawan dan menjalani kehidupan mewah, beliau tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Oleh yang demikian, beliau akan menggunakan keuntungan yang diperolehi bagi membantu keluarganya memandangkan ayahnya tidak lagi bekerja.

Di samping itu, Mohammed mendedahkan rahsia kejayaannya adalah dengan sentiasa peka terhadap pasaran, mencari peluang serta menggunakan kedua-dua analisis iaitu fundamental dan teknikal dalam mengkaji pasaran. Tambahan daripada itu, beliau menegaskan bahawa kefahaman yang mendalam terhadap pasaran akan meningkatkan lagi potensi untuk mengaut keuntungan.

Bukan itu sahaja! Remaja 17 tahun tersebut juga menyatakan impiannya untuk mengasaskan sebuah syarikat hedge fund dan memiliki lesen pembrokeran. Bukan calang-calang orang yang mampu melakukannya!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat