Pelajar 20 Tahun Disiasat, Jadi Scammer Forex!

2,916

Gurvin Singh merupakan seorang pelajar jurusan perubatan yang berusia 20 tahun. Baru-baru ini, beliau telah mencuri perhatian ramai apabila dikhabarkan berjaya menjana keuntungan sebanyak £100,000 dalam forex trading dengan berbekalkan modal berjumlah £200.

Selain itu, instagram milik beliau yang mempamerkan kehidupan mewahnya mempunyai seramai lebih 170,000 pengikut. Bukan itu sahaja! Beliau turut menyerahkan wang tunai sebanyak £2,000 kepada para pembeli di Plymouth dan mendedahkan bahawa dirinya berjaya untung sebanyak sejuta pada awal Januari.

Walau bagaimanapun, Financial Conduct Authority mendedahkan bahawa mereka mengesyaki Gurvin dan 2 buah syarikatnya, GS3 Trades Ltd dan GS3 Marketing Limited telah menjalankan aktiviti terlarang.

Hakikatnya, seramai 1,250 individu telah terpedaya dan ditipu oleh remaja berkenaan. Mereka menyangka bahawa telah menjalankan urusniaga forex melalui medium yang berdaftar dan dipercayai. Selain itu, Gurvin memperdaya mereka dengan menjanjikan pulangan sebanyak lebih £300 setiap hari dan bebas untuk mengambil duit berkenaan pada bila-bila masa sahaja.

Setelah beberapa bulan, mereka mendapati bahawa akaun dagangan mereka semakin mencatatkan kejatuhan. Namun, Gurvin menjadikan isu Brexit sebagai alasan dan mengatakan bahawa segalanya akan kembali normal pada bulan Mac nanti.

Malangnya, pada malam perayaan Krimas, kesemua wang dalam akaun mereka telah lesap manakala Gurvin gagal untuk dihubungi. Setiap mangsa yang berusia dalam kalangan 18 hingga 25 tahun telah kerugian kesemua wang yang diberikan keluarga, gaji, dan yuran pengajian mereka.

Kini, Gurvin sedang diburu oleh Biro Perisikan Kebangsaan (NFIB) selepas beratus-ratus mangsa membuat laporan kepada Action Fraud. Di samping itu, hasil siasatan mendapati sebanyak £3.527 juta telah diambil daripada para pelanggannya.

Kesimpulannya, anda mestilah sentiasa berhati-hati dalam menjalankan apa-apa transaksi berkaitan forex trading. Cari ilmu terlebih dahulu dan jangan bertindak secara membuta tuli.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat