Pelan Skim Kecemasan UK Sokong Kenaikan Harga Pada Carta GBP/USD

768

Dagangan Pound Sterling pada awal minggu dilihat masih mengekalkan pengukuhan terutamanya berbanding US dolar yang masih bergerak lemah selepas ketegangan antara Amerika Syarikat dan China kembali reda.

Pound turut disokong oleh laporan Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak yang merancang memperkenalkan skim kecemasan sebagai usaha menyelamatkan ekonomi yang terjejas dengan anggaran 2 juta kehilangan pekerjaan.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang utama GBP/USD, harga membuat kenaikan pada awal sesi Asia bermula sehingga berjaya melepasi paras ketinggian yang dicapai pada Jumaat lalu sekitar 1.23930.

Kenaikan pada sesi Asia mencapai paras ketinggian sekitar 1.24100 sebelum harga bergerak perlahan pada penghujung sesi Asia. Namun awal sesi pasaran Eropah, harga kembali meneruskan kenaikan ke paras ketinggian 1.24200 menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Kenaikan harga pada sesi Eropah dilihat terbantut dengan laporan kerajaan China memberitahu firma pertanian untuk menghentikan pembelian produk pertanian dari Amerika Syarikat termasuk kacang soya.

Ini akan kembali meningkat semula ketegangan di antara dua ekonomi gergasi dunia tersebut dan sebagai matawang safe-haven, US dolar bakal kembali mencatatkan pengukuhan semula.

Jika kenaikan masih berjaya diteruskan, harga dilihat akan menuju paras tumpuan penting iaitu pada 1.25000.

Kenaikan ke paras tersebut juga akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 3 minggu di carta GBP/USD.

Sebaliknya jika harga kembali membuat penurunan semula, harga akan kembali menguji paras 1.23600 yang membentuk zon RBS (resistance become support) terbaru.

Penurunan lebih rendah dan melepasi sokongan dinamik Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta GBP/USD akan menuju pula zon RBS sekitar 1.22500.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Anda mungkin juga berminat