Pelancaran Pasaran Hadapan Bitcoin Semalam, Litecoin Naik Melebihi 50% Pada Hari Ini

98

Litecoin merupakan matawangcrypto yang kelima terbesar dalam pasaran telah mencatat peningkatan melebihi 50% dalam masa 24 jam. Harga Litecoin kini mencapai $241.15 bagi satu coin.

Peningkatan itu didorong oleh pelancaran pasaran hadapan CBOE Global Markets. CBOE telah melancarkan perdagangan pasaran hadapan pada 11 Disember selepas mendapat kebenaran daripada Commodity Futures Trading Commission.

Pada awalnya Litecoin menunjukkan kejatuhan pada minggu lepas selepas pertukaran GDAX yang menunjukkan kejatuhan dibawah $100.

Jumlah pasaran syarikat Litecoin kini mencapai paras $13,085,590,717 selepas menunjukkan kenaikan melebihi 50%.

Manakala harga bitcoin pula melonjak diatas USD$16,649 atau menghampiri RM70 000 dalam sesi dagangan Asia berikutan pelancaran Bitcoin pasaran hadapan semalam. Sejurus selepas pelancaran, harga bitcoin mencapai $17,830.membuat kenaikan 7.16% setakat pukul 10.22 malam.

CME pada dua minggu lalu mengumumkan bahawa akan memulakan niaga-hadapan (futures) Bitcoin pada 18 Disember lewat sedikit berbanding CBOE.

Ethereum mencatat pada paras $535.36 bagi satu coin, iaitu meningkat 16.30%.

Buat masa ini, dinasihatkan untuk terus berhati-hati apabila mendagangkan matawang-Crypto. Hal ini kerana semakin banyak wang yang memasuki pasaran matawang digital dan ia juga berpotensi membawa satu pergerakan yang semakin volatile di masa akan datang. Namun, masih banyak peluang untuk kenaikan matawang-matawang lain termasuk Litecoin.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat