Pelarasan Dasar Menjelang Mesyuarat Dasar Monetari Jepun Pada Minggu Hadapan

426

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Reuters pada hari Jumaat, Bank of Japan telah mengadakan perbincangan awal tentang kemungkinan perubahan kepada dasar monetarinya, termasuk pelarasan sasaran kadar faedah dan teknik membeli saham. Dalam masa yang sama, memberi tumpuan pada program rangsangan besar-besaran tersebut menjadi lebih mapan.

Laporan perbincangan BOJ telah meningkatkan jangkaan bahawa bank pusat dilihat akan menamatkan beberapa dasar monetari yang agresif . Perkara ini telah mendorong peningkatan hasil bon 10 tahun sebanyak enam mata asas.

Perubahan pandangan adalah didorong oleh perubahan dasar bank pusat utama negara lain yang sedang cuba menaikkan kadar faedah dan konflik perdagangan antara Amerika Syarikat dan rakan perdagangan utamanya yang semakin meningkat.

Menurut penganalisis, Jika BOJ membuat pelarasan dasar yang membawa pada peningkatan kadar faedah ia akan menyebabkan pemain pasaran semakin cakna dan menjangkakan bahawa BOJ akan menarik kembali program rangsangan mereka .

Walaubagaimna prospek BOJ penyesuaian rangka kerja dasar dapat diketahui seawal mesyuarat minggu hadapan.

Dasar semasa BOJ ketika ini ialah seperti yang diguna pakai pada pertengahan 2016, terdiri daripada kadar faedah jangka pendek negatif, mengekalkan hasil 10 tahun sekitar 0 peratus dan membeli kira-kira enam trilion yen saham melalui dana pertukaran mata wang.

Walau bagaimanapun, kadar negatif dan hasil bon yang berterusan rendah telah menyebabkan kemerosotan keuntungan bank tempatan, terutamanya institusi serantau.

BOJ, Gabenor Haruhiko Kuroda memulakan pembelian bon secara besar-besaran pada tahun 2013 dengan tujuan untuk menghapuskan tekanan deflasi dan meningkatkan harga.

Tetapi inflasi Jepun dilihat tidak dapat mencapai sasaran 2 peratus BOJ, namun program pelonggaran kuantitatif besar-besaran tersebut berjaya memacu inflasi walaupun minimal.

Dalam masa yang sama, Kuroda juga telah memberikan pandangan berkenaan konflik perdagangan dengan menyerukan agar para pemimpin ekonomi negara-negara besar untuk mundur dari perang tarif, serta mengingatkan pasar matawang yang stabil adalah untuk manfaat semua orang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat