Pelik Betul! Jom Jenguk Pergerakan Bursa Pada Awal Minggu

189

Bursa Malaysia memulakan sesi dagangan awal minggu pada nota positif, hasil dorongan momentum positif terhadap beberapa kaunter sungguhpun prestasi Wall Street lemah.

Ketika jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.88 mata pada 1,493.06 daripada penutupan Jumaat pada 1,491.18.

Indeks dibuka tinggi 0.85 mata pada 1,492.03.

Di pasaran meluas, kaunter rugi pada 156 mengatasi kaunter untung pada 110, manakala 195 kaunter pula tidak berubah, 1,825 tidak didagangkan dan 19 digantung.

Jumlah perolehan pada 166.7 juta unit bernilai RM46.58 juta.

Ulas naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, terdapat momentum positif pada kaunter pengangkutan dan logistik serta telekomunikasi serta media.

Rentetan itu, firma mengunjurkan minat pasaran akan beralih kepada sektor pembinaan dengan laporan spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-15.

Bagi pergerakan indeks pula, KLCI diramal berada dalam aliran julat 1,485-1,505 pada hari ini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan MISC Bhd had capai 17 sen pada RM7.13, Axiata Group Bhd naik 1 sen pada RM2.99, Maxis Bhd lonjak 1 sen pada RM3.74 dan Public Bank Bhd juga tambah 1 sen pada RM4.68 sementara Malayan Banking Bhd (Maybank) canak 3 sen pada RM8.96.

Saham aktif memperlihatkan SNS Network Technology Bhd maju 1 sen pada 27.5 sen, Vortex Consolidated Bhd jatuh 0.5 sen pada 16 sen, BCM Alliance Bhd hilang 0.5 sen pada 2 sen dan Hextar Industries Bhd susut 0.5 sen pada 40.5 sen sementara Serba Dinamik Holdings Bhd kekal pada 2.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas Index mengembang 3.72 mata pada 10,559.25, indeks FBMT 100 memacu 4.49 mata pada 10,314.26, FBM 70 merosot 29.03 mata pada 12,532.12, FBM ACE menyusut 18.98 mata pada 4,787.70 dan indeks FBM Emas Shariah melemah 6.20 mata pada 10,593.43.

Segi sektor, indeks Perladangan melemah 9.48 mata pada 6,948.36 dan indeks Produk dan Perkhidmatan menyusut 0.06 mata pada 180.16 sementara indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 29.66 mata pada 16,793.67 dan indeks Tenaga mengukuh 3.29 mata pada 700.36.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat