Pelonggaran Kuantitatif Tidak Menjadi Agenda RBA Buat Masa Ini – Gabenor Lowe

274

Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA) Philip Lowe yang berucap di parlimen jawatankuasa ekonomi pagi tadi, memberi indikasi bahawa tiada pemotongan lebih lanjut akan dilakukan buat sementara waktu dan jika ia berlaku adalah disebabkan peningkatan dalam kadar pengangguran.

Beliau juga memberitahu bahawa pelonggaran kuantitatif (QE) adalah bukan agenda utama kepada bank pusat buat masa ini dan RBA akan mempertimbangkannya hanya apabila kadar faedah berkurang kepada 0.25%.

Lowe memberitahu ketika mesyuarat penetapan dasar Februari dijalankan terdapat perbincangan mengenai kadar pemotongan lebih mendalam, tetapi perlu ada keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi yang lebih cepat dan risiko sangat rendah.

Selain itu, beliau berkata bahawa risiko coronavirus terhadap ekonomi Australia adalah lebih besar daripada wabak SARS yang melanda pada 2002/2003, berikutan berlaku peningkatan mendadak dalam kes jangkitan dan angka korban sehingga menyebabkan rantaian bekalan dunia terjejas.

Bagaimanapun, Lowe melihat tindakan yang diambil Beijing dalam mengawal situasi ini adalah lebih baik berbanding ketika wabak SARS menimpa negara itu.

SARS telah menjejaskan $60 bilion ekonomi global serta mengganggu sektor pelancongan dan eksport Australia, dan China hanya menyumbang 5% kepada ekonomi dunia pada waktu itu.

Sementara itu dalam kenyataan dasar monetari RBA terbaru, bank pusat telah menurunkan unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi Australia kepada 2% daripada 2.3% pada suku keempat 2019 manakala unjuran bagi separuh pertama tahun ini sehingga Jun 2020, dikurangkan kepada 1.9% daripada 2.6%.

Namun, pemulihan daripada kebakaran hutan dijangka akan meningkatkan pertumbuhan pada separuh kedua tahun ini, di samping turut disokong oleh peningkatan dalam penggunaan di Australia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat