Pelosi Dan Mnuchin Capai Kesepakatan-Pakej $2.2 Trilion Jadi Isu Hangat!

172

Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin berucap pada hari Selasa setelah pihak Demokrat mengumumkan telah melancarkan rang undang-undang rangsangan tersebut yang bernilai $2.2 trilion.

Demokrat mengeluarkan undang-undang $ 2.2 trilion setelah seminggu berbincang dengan ahli-ahli White House mengenai bagaimana menyusun rang undang-undang bantuan kelima. Sebelum ini, usul sebanyak $3.4 trilion pada bulan Mei, namun pentadbiran Trump telah menawarkan untuk menyuntik dana sebanyak $ 1.3 triliun sebagai usaha untuk menjana ekonomi dan mengekang impak penularan wabak Covid-19.

Pelosi dan Mnuchin telah berucap selama 50 minit pada hari ini dalam membincangkan peruntukan cadangan terbaru. Walaubagaimanapun kedua-dua mereka bersetuju untuk berbicara mengenai hal itu pada hari Rabu ini.

Pelosi mengatakan bahawa pihak mereka bersetuju untuk berkompromi dengan rang undang-undang yang telah dikemas kini kerana rancangan baru telah memotong lebih dari $ 1 trilion dari rancangan asalnya.

Penganalisis berpendapat terdapat keraguan bahawa Kongres akan menyetujui pakej bantuan lain sebelum pilihan raya Presiden pada 3 November. Pertimbangan politik dijangka akan memainkan peranan besar dalam perbincangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat