Peluang Dagangan Pada USD/JPY Selepas Merekodkan Paras Tertinggi Untuk 2019

872

Pergerakan harga pada dagangan USD/JPY mengejutkan pasaran dengan lonjakan lebih awal harga sejak sesi pasaran New York semalam sementara pelabur menantikan keputusan mesyuarat dasar monetari oleh bank pusat di Jepun hari ini.

Lonjakan harga pada dagangan USD/JPY tersebut telah mencatatkan paras tertinggi pada tahun ini mencecah sekitar paras harga 112.400 selepas 70 pips kenaikan yang dibuat semalam.

Namun, harga kembali membuat penurunan pada hari ini sehingga turun lebih rendah melepasi paras Magic Pivot 112.094 pada indicator Moshed Magic Line.

Bank of Japan (BOJ) pada hari ini telah menetapkan kadar faedah masih kekal rendah di paras -0.10% seperti sebelum ini seperti yang telah dijangkakan lebih awal oleh pasaran.

Kenyataan susulan oleh Gabenor bank pusat, Kuroda turut menjadi tumpuan pasaran namun masih dilihat mengekalkan intonasi dovish. Dagangan Yen dijangka akan terus lemah berikutan sasaran inflasi 2% dijangka akan mengambil masa yang agak lama untuk dicapai.

Namun, Yen dilihat lebih mengukuh berbanding dolar Amerika pada dagangan hari ini. Ini adalah disebabkan faktor pengambilan keuntungan oleh para pelabur dalam pasaran untuk posisi jualan Yen sebelum ini. Dengan harga yang kembali meningkat, pelabur akan kembali mengintai peluang untuk posisi dagangan baru dengan paras harga yang lebih menguntungkan.

Di samping itu juga, dagangan USD mula mendatar ekoran pelabur yang turut berhati-hati menjelang data pesanan barangan tahan lame Amerika Syarikat pada jam 8.30 malam ini.

Namun, data yang lebih menjadi tumpuan pasaran pada minggu ini adalah bacaan awal pertumbuhan GDP Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam esok hari (Jumaat).

Data tersebut akan memberikan gambaran dan petunjuk terhadap tahap kesihatan ekonomi semasa di Amerika Syarikat dan juga memberikan impak besar terhadap dagangan USD dalam pasaran kewangan.

Dilihat pada pergerakan harga pada USD/JPY, harga masih menguji paras RBS (resistance become support) pada 111.800 dan juga paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line.

Jika harga berjaya breakout zon tersebut, jangkaan penurunan harga akan menuju ke paras support 111.376 (MagicS2) dengan tambahan sekitar 40 pips lagi pergerakan harga.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan pula, paras tumpuan sebelum ini iaitu pada 112.000 akan kembali diuji sebelum harga cuba mencapai paras ketinggian harga semalam.

Lihat gambar chart pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 111.780, 111.376, 111.062.

Paras resistance: 112.498, 112.812, 113.216.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat