Peluang Untuk Pemulihan Ekonomi UK, Rundingan Dagang UK-AS Kembali Diteruskan

233

Britain dilapor akan meneruskan perbincangan mengenai perdagangan dengan Amerika Syarikat pada Selasa minggu ini, memandangkan kedua-dua pihak menegaskan bahawa rundingan itu tidak akan tergendala disebabkan pandemik coronavirus.

Perbincangan tersebut dikatakan akan diadakan melalui video konferens yang diketuai oleh Setiausaha Perdagangan Antarabangsa, Liz Truss dan Wakil Perdagangan AS, Robert Lighthizer. Rundingan pusingan pertama ini akan berlangsung selama dua minggu dan akan melibatkan kira-kira 100 pegawai dari setiap pihak.

Menurut Tuss, AS adalah rakan dagang terbesar UK dan meningkatkan perdagangan transatlantik dapat membantu pemulihan ekonomi negara itu yang telah dijejaskan oleh penularan COVID-19 yang telah melumpuhkan aktiviti ekonomi di seluruh dunia.

Kerajaaan UK menganggarkan hasil daripada perjanjian transatlantik ini, ia akan membantu meningkatkan ekonomi negara sebanyak £3.4 bilion dan memberi manfaat terutamanya kepada Scotland, Timur Laut England dan Midland.

Tuss juga berjanji bahawa beliau tidak akan berkompromi dalam mendapatkan perjanjian perdagangan bersama AS dan akan memberi manfaat kepada individu dan perniagaan di setiap wilayah dan di seluruh negara.

Rundingan akan diadakan selari dengan perbincangan antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) mengenai perjanjian perdagangan pasca-Brexit yang telah dimulakan sejak bulan lalu.

Amerika Syarikat merupakan rakan dagang terbesar Britain selepas EU, dan negara itu telah menyumbang hampir 19% daripada keseluruhan jumlah eksport UK pada tahun 2018 dan 11% daripada import.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat