Peluang Untung $400 Pada Dagangan AUD/USD Di Sesi Asia

509

Setelah pelabur mengetahui keputusan mesyuarat polisi monetari oleh bank pusat Australia (RBA) semalam, dagangan dolar Australia sekali lagi menjadi tumpuan di sesi Asia hari ini berikutan terbitan data pertumbuhan ekonomi bagi suku kedua.

Dijangka merosot, bacaan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku tahun kedua Australia lebih buruk berbanding jangkaan iaitu menguncup 0.7% berbanding ramalan 0.6%.

Bacaan tersebut juga jauh lebih rendah berbanding suku sebelumnya pada bacaan penguncupan 0.3%.

Hal ini semakin meningkatkan kebimbangan terhadap kesihatan semasa ekonomi Australia. Dapat dilihat juga matawang dolar AUD mengalami penurunan pada carta harga berbanding matawang utama yang lain berikutan reaksi pelabur.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD, harga telah mencapai paras ketinggian 0.74100 pada kenaikan semalam. Paras tersebut juga merupakan tertinggi yang pernah dicatatkan sejak dagangan Ogos 2018.

Namun, penurunan harga dipamerkan selepas mencapai paras ketinggian tersebut. Penurunan harga terus disambung di sesi Asia pagi ini ke bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang memberi isyarat awal perubahan trend bearish.

Susulan data GDP Australia diterbitkan, harga terus menjunam sekitar 40 pips dari paras 0.73800 sehingga sekitar 0.73400. Di zon tersebut juga dilihat sebagai paras sokongan harga sebelum harga membuat keputusan arah pergerakan selanjutnya.

Trader yang sudah melihat lebih awal peluang dagangan di carta AUD/USD, pasti sedang menikmati keuntungan sekitar $400 dengan posisi ‘sell’ lot 1.00 setakat dagangan di sesi Asia sahaja.

Penurunan yang diteruskan berkemungkinan bakal menuju zon RBS (resistance become support) pada sekitar 0.72600.

Namun pelabur harus berhati-hati juga dengan pergerakan US dolar. Pengukuhan US dolar sejak sesi New York semalam berkemungkinan dijangkakan hanya bersifat sementar oleh penganalisis.

Dan jika US dolar kembali melemah, terdapat potensi untuk harga kembali pantul membuat kenaikan semula ke paras ketinggian yang dicapai semalam pada 0.74100, diuji sebagai zon resistance harga.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat