Pemain Pasaran Semakin Berhati-Hati – Faktor Pilihan Raya Masih Mempengaruhi US Dolar!

335

Matawang US dolar menunjukkan penyusutan pada hari Isnin dengan para pelabur membuat pertaruhan bahawa perjanjian di Washington mengenai pakej rangsangan fiskal dapat dicapai menjelang pilihan raya AS akan datang. Selain itu turut menjadi faktor yang dipertimbangkan ialah harapan adanya vaksi pandemik Covid-19 pada akhir tahun.

Indeks dolar didagangkan susut 0.45% berbanding sekumpulan matawang utama pada 93.300.

Presiden Donald Trump menyatakan bahawa beliau bersedia untuk rangsangan lebih besar daripada yang dicadangkan oleh Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi bernilai $2.2 trilion. Bagaimanapun, pasaran tetap berhati-hati memandangkan Trump perlu meyakinkan Republikan Senat yang lebih memilih pakej bantuan kecil, untuk menyokong cadangan beliau.

Pelos menyatakan bahawa walaupun terdapat perbezaan dengan Trump mengenai pakej bantuan Covid-19 namun beliau menyatakan kepercayaan bahawa undang-undang dapat diteruskan sebelum Hari Pilihan Raya.

Selain itu, pembuatan Vaksin Pfizer Inc dilaporkan pada hari Jumaat bahawa penyediaan vaksin Covid-19 untuk A.S akan dikeluarkan pada akhir tahun ini.

Disisi lain, matawang dagangan Asia dan komoditi lain terus mencatat pengukuhan kerana didorong oleh pertumbuhan ekonomi China lebih baik dari ramalan dan penularan wabak Covid-19 masih lagi terkawal.

Matawang AUD mengukuh sebanyak 0.23% berbanding US dolar. Manakala matawang NZD mengukuh sebanyak 0.48% berbanding US dolar setakat jam 10.45 p.m.

Sementara matawang pound sterling memaparkan kenaikan lebih tinggi berikutan rundingan perjanjian dagang Brexit dijangka akan diteruskan lagi pada minggu ini walaupun terdapat kenyataan negatif daripada Perdana Menteri UK Boris Johnson.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat