Pemakaian Topeng Muka Dapat Mempercepatkan Pertumbuhan Ekonomi? Ini Ulasan Kaplan!

357

Presiden Bank Rizab Persekutuan Dallas, Robert Kaplan pada hari Jumaat mengeluarkan sebuah solusi yang praktikal bagi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi AS. Menurut beliau, antara kunci untuk memastikan pemulihan ekonomi A.S dengan lebih cepat adalah dengan mengamalkan pemaikian topeng muka dan penerapan langkah-langkah menghambat penularan wabak Covid-19.

Sebagaimana menurut Kaplan, “seperti sedia maklum bahawa dasar monetari dan fiskal memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi namun pemakain topeng muka dan pelaksanaan protokol penjagaan kesihatan yang baik akan menghambat penularan pandemik. Hal ini secara tidak langsung akan mendorong ekonomi untuk berkembang dengan lebih pantas”.

Penularan wabak Covid-19 saban hari semakin membimbangkan. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh John Hopkins University, pada hari ini jumlah kes positif Covid-19 di seluruh dunia merekodkan pertambahan 250,000 kes dalam tempoh 24 jam. Setakat ini kes covid telah mencatat lebih 12 juta kes positif secara keseluruhan.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas, iaitu melebihi tiga juta kes positif COVID-19. Pada hari ini dilaporkan bahawa AS telah catat lebih 60,500 kes baru yang positif Covid-19. Peningkatan kes positif di AS ini telah mempengaruhi sentimen pasaran kewangan. Pemain pasaran mengkhuatirkan bahawa kerajaan terpaksa mengulangi perintah berkurung yang dilaksanakan sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat