Pembetulan Harga Bitcoin (BTC) Mengheret Penyusutan Solana (SOL), Dogecoin (DOGE)

753

Jika semalam pergerakan Bitcoin (BTC) mengujakan pelabur kripto, berbeza pula pada hari ini raja kripto dilihat sedikit melemah, susut lebih 2.3% dari paras tertinggi harian, $57,676 pada 12 Oktober.

Penganalisis melihat perkembangan harga Bitcoin (BTC) didorong oleh keputusan Securities and Exchange Commission (SEC) untuk meluluskan ETF BTC pada minggu hadapan setelah penangguhan yang berkali-kali.

Namun, pembetulan harga Bitcoin pada hari ini turut memberi kesan kepada harga altcoins.

Dogecoin (DOGE)

  • Pada minggu lepas, aset ini paparkan pergerakan yang positif.
  • Awal pagi tadi, DOGE susut hampir 4% dalam 24 jam, dan 7.6% dalam tempoh seminggu.
  • Bagaimanapun, ia kembali bangkit hampir 2% dengan nilai dagangan semasa artikel ini ditulis, $0.2289.
  • Bagi rekod seminggu, DOGE masih dalam downtrend dengan penyusutan hampir 10%.

Solana (SOL)

  • SOL agak struggle untuk bangkit menyentuh paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang direkod pada 9 September.
  • Dalam rekod 7 hari, SOL susut 9%, menyentuh paras terendah harian, $148.50.
  • Ketika penulisan, SOL masih uptrend dengan lonjakan lebih 3.2% dengan nilai dagangan $149.43 dalam 24 jam.
  • Bagaimanapun, ia memerlukan peningkatan sekurang-kurangnya leboh 30.8% untuk kembali ke paras ATH, $214.96.

Aset lain yang memaparkan penyusutan mendadak dalam seminggu termasuk: Terra (LUNA) -10.26%, Avalanche (AVAX) -10.70%, Chainlink (LINK) -5.87%, Algorand (ALGO) -7.05%, dan Internet Computer (ICP) -17.80%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat