Pembinaan Akon City Sudah Bermula, Akoin (AKN) Bersedia Dilancarkan

1,717

Akon, penyanyi R&B yang pernah terkenal dengan lagu Lonely dan Don’t Matter mungkin sudah tidak lagi disebut-sebut dalam industri muzik tetapi dalam diam individu ini sedang bergiat usaha membina bandar pintar di Senegal.

Dikatakan perbelanjaan pembinaan bandar pintar, ‘Akon City’ yang mana turut terbuka kepada African Diaspora mencecah $6 bilion dan mula dibina pada awal tahun ini.

Fasa pertama pembinaan dijangka akan selesai pada akhir 2023 yang mana akan wujudnya pusat beli-belah, perumahan, hotel, balai polis, sekolah, kemudahan pelupusan sampah, kilang jana tenaga solar dan hospital.

Fasa kedua pula dijangka selesai pada 2029 dengan sepenuhnya menggunakan matawang kripto, Akoin (AKN). Akoin merupakan matawang kripto yang direka khas untuk golongan ahli perniagaan.

Terbaru, dilaporkan fasa percubaan matawang itu berjaya dijalankan di kompleks Mwale Medical and Technology City (MMTC) di Kenya yang mula dibina pada 2014. Percubaan itu bermula pada November 2020 ketika AKN tersenarai di pertukaran kripto, Bittrex.

Ini bermakna, pada Julai ini dijangka AKN akan digunakan sepenuhnya di kompleks bernilai $2 bilion itu. Penggunaan AKN juga dijangka merangkumi kira-kira 20,000 pekerja MMTC menjelang Disember 2021.

Pasukan pembangun Akoin juga melancarkan kad fizikal menghubungkan kepada wallet AKN, yang mana pengguna dibenarkan membuat transaksi meliputi 40 juta platform runcitan seluruh dunia.

Kejayaan percubaan matawang di MMTC akan menjadi rujukan bagi penerapan AKN bagi seluruh bandar Akon City di Senegal sebaik sahaja selesai dibina.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat