Pembuat Kereta Terbesar Dunia Nissan Bakal Lancarkan NFT!

307

Nissan, pengeluar kereta terbesar dunia telah mengumumkan untuk pelancaran non-fungible token (NFT) untuk permainan terbaru yang dinamakan Torque Drift 2.

Secara konteks, Torque Drift 2 merupakan pecahan studio video game berbilang platform berpangkalan di Australia digelar Greece Monkey Games yang menumpukan bidang sukan permotoran.

Rentetan itu, Greece Monkey Games dan Monkey Games berkemungkinan melaksanakan 15 model unik Nissan dalam tempoh 12 bulan dengan mewujudkan pelbagai variasi permainan Torque Drift 2.

Dalam permainan tersebut, model rasmi Nissan NXT 180SX akan mempunyai lima varian manakala model Sil80 serta 370Z tujuh varian.

Difahamkan bahawa 15 Nissan NFT tersebut merupakan NFT berlesen pertama yang akan tersedia dalam permainan itu pada Polygon side-chain.

Menurut Urvit Goel, ketua pembangunan Perniagaan Permainan Global di Polygon studios menyatakan bahawa beliau merancang untuk membawa Nissan ke dalam ruang Web3 dengan Torque Drift 2 mewakili teknologi blockchain dan NFT.

Sementara itu, Nissan turut akan bekerjasama dengan pelbagai jenama global seperti Mercedes bagi menjayakan projek berkaitan kripto.

Malah, kerjasama antara Nissan dan Torque Drift 2 bakal membenarkan studio game tersebut mendapat akses penuh kepada semua model dan alat ganti kenderaan Nissan, Datsun serta Infiniti.

Diperjelaskan, model 3D akan direka dengan mengambil kira pilihan kemasan kenderaan, pilihan warna termasuklah jenis enjin yang perlu digunakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat