Pembukaan Disember Suram, USD/JPY Susut Ke Paras Terendah Terbaru 4 Bulan

100

Setelah reaksi menarik pasaran susulan kenyataan bernada dovish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell, mari lihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY.

Harga telah menunjukkan penurunan ke paras terendah terbaru 4 bulan apabila zon support 137.00 telah berjaya ditembusi di sesi Asia pagi ini (Khamis).

Sebelum ini harga dilihat mendatar di bawah zon rintangan 139.300 sejak penghujung minggu lalu lagi.

Corak penurunan yang berlaku adalah didorong oleh faktor penyusutan US dolar selepas beberapa minggu kebelakangan ini pelabur berteka-teki keputusan dasar monetari selanjutnya oleh Federal Reserve (Fed).

Walaupun beberapa ahli Fed sebelum ini berpandangan hawkish untuk meneruskan pengetatan dasar, namun Jerome Powell pada awal pagi tadi telah memberi isyarat untuk memperlahankan kenaikan kadar faedah.

Walaupun Powell menegaskan penurunan kadar faedah tidak akan berlaku, namun kadar faedah berkemungkinan besar akan dinaikkan kepada 50 mata asas sahaja berbanding 75 sebelum ini.

Sentimen pasaran semasa juga dilihat menambahkan tekanan kepada US dolar apabila China mula melonggarkan sekatan pergerakan di Zhengzhou dan Guangzhou selepas protes besar-besaran yang tercetus.

Walaupun sentimen pulih pasaran sepatutnya memberi kesan yang lemah juga kepada mata wang safe-haven Yen, namun pergerakan harga kini lebih dipacu oleh US dolar yang lebih menjadi tumpuan.

Harga pada carta USD/JPY yang berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam menjadi isyarat trend bearish.

Penurunan harga dijangka akan dilanjutkan untuk menguji zon tumpuan seterusnya pada 135.00.

Melepasi zon tersebut bakal menjangkakan harga mencecah hingga ke 132.00 untuk catatkan paras terendah terbaru sejak Ogos lalu.

Namun, jika harga melonjak kembali di atas paras 137.00, kenaikan harga bakal menguji semula rintangan pada 139.30 yang menjadi penghalang harga sepanjang minggu ini.

Berjaya menembusi rintangan itu akan mendorong harga menuju zon tumpuan berikutnya yang berada pada sekitar 142.00.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat