Pembukaan Pasaran Awal Minggu Yang Positif Untuk Bursa Malaysia

129

Sesi dagangan Bursa Malaysia bermula positif selepas menjejaki prestasi kukuh penutupan pasaran Wall Street, reaksi awal sebelum terbitan laporan keuntungan syarikat di Amerika Syarikat (AS).

Ketika jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.48 mata pada 1,419.92 daripada penutupan hari Jumaat pada 1,418.44.

Indeks dibuka kukuh 2.45 mata pada 1,420.89.

Di pasaran meluas, kaunter untung pada 190 mengatasi kaunter rugi pada 116, manakala 199 kaunter pula tidak berubah, 1,782 tidak didagangkan dan 20 digantung.

Jumlah perolehan pada 122.71 juta unit bernilai RM50.55 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan sorotan utama adalah kebimbangan kemelesetan yang berterusan mempengaruhi sentimen pelabur menjelang terbitan laporan keuntungan syarikat di AS.

Selain itu, tumpuan juga terarah kepada mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) dan data inflasi Malaysia minggu ini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan IHH Healthcare Bhd kekal pada RM8.59 dan RM6.43, Petronas Chemicals Group Bhd tambah 1 sen pada RM8.12, CIMB Group Holdings Bhd capai 5 sen pada RM5.10 dan Public Bank Bhd susut 2 sen pada RM4.38.

Saham aktif memperlihatkan Ecoscience International Bhd hilang 3 sen pada 27 sen, BSL Corporation Bhd naik 1 sen pada 11 sen, Top Glove Corporation Bhd tambah 1.5 sen pada RM1.01, Malaysian Genomics Resource Centre Bhd lonjak 2 sen pada RM1.09 dan MQ Technology Bhd kekal pada 3.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas meningkat 19.26 mata pada 10,067.15, indeks FBM Emas Shariah menambah 28.65 mata pada 10,111.00, FBM 70 melonjak 55.68 mata pada 12,050.69, indeks FBMT 100 memaju 18.44 mata pada 9,834.19 dan FBM ACE mencanak 11.61 mata pada 4,571.44.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan mencapai 11.85 mata pada 16,091.54, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan melemah 0.14 mata pada 166.87, indeks Tenaga menambah 1.79 mata pada 606.43 dan indeks Perladangan meningkat 17.89 mata pada 6,673.62.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat