Pembukaan Pasaran Ekuiti Eropah, Majoriti Indeks Dibuka Lebih Rendah

66

Pasaran saham Eropah dibuka lebih rendah pada Jumaat berikutan kebimbangan terhadap pengetatan polisi monetari di Eropah yang sudah tentu mengurangkan kecairan pasaran jika benar polisi akan diketatkan di masa hadapan.

Semasa pembukaan pagi di Eropah, EURO STOXX 50 susut 0.15%, di Perancis CAC 40 susut 0.28%, manakala DAX 30 di Jerman jatuh 0.21% setakat pukul 3.53 pm waktu Malaysia.

Pasaran ekuiti di Eropah melemah apabila laporan minit mesyuarat ECB menunjukkan perbincangan oleh ahli-ahli tentang pengurangan kecenderungan pelonggaran dalam kenyataan bank pusat yang dilihat membuka peluang pengetatan polisi beberapa bulan akan datang.

Ahli ECB Benoit Coure pada Jumaat berkata bahawa pemulihan kini semakin hampir di Zon Eropah, tetapi adalah tidak bijak jika bank pusat berpuas hati dengan keadaan semasa kerana ia hanyalah kitaran yang berputar dalam ekonomi.

Di London, FTSE 100 susut 0.25% setakat pukul 3.57 pm yang ditekan oleh saham WPP yang menjunam sebanyak 2.17% selepas syarikat itu mengumumkan perancangan untuk menggabungkan agensi Wunderman and Possible yang akan menghasilkan kumpulan besar 9,200 orang pekerja dan 200 pejabat.

Saham carigali juga kebanyakan dibuka rendah dengan BHP Billiton susut 0.52%.

Di Wallstreet, pasaran ekuiti Amerika Syarikat menunjukkan prestasi hambar dengan ketiga-tiga indeks utama ditutup rendah pada Khamis. Dow Jones Industrial Average (DJIA) susut 0.74%, NASDAQ susut 1.00% manakala S&P 500 jatuh 0.94%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat