Pemegang Akaun Bitcoin Kehilangan $117,000 Selepas Guna Rangkaian Wireless di Tempat Awam

163

Seorang lelaki yang memiliki akaun Bitcoin kerugian lebih daripada $117,000 semasa beliau membuat log-masuk (log-in) menggunakan rangkaian wireless di tempat awam yang terletak di sebuah restoran di Austria.

Polis Austria menyatakan mereka masih menyiasat sama ada akaun mangsa telah digodam sebelum beliau membuka akaun di restoran tersebut.

Perkembangan terbaru ini menambah lagi kebimbangan terhadap tahap keselamatan matawang digital seperti Bitcoin dan Etherium walaupun kedua-dua matawang-Crypto ini semakin popular.

Sebenarnya kehilangan pertama Bitcoin telah berlaku pada 2014 disebabkan isu keselamatan di mana exchange Bitcoin iaitu Mt.Gox jatuh disebabkan platform yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan kukuh. Ketika itu, Mt.Gox juga berhadapan dengan kecurian yang signifikan. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Mark Karpeles kini didakwa di Jepun atas kesalahan memanipulasi data dan penggelapan wang.

Pada pertengahan tahun 2017, tempat tukaran (exchange) Bitcoin dan Etherium di Korea Selatan, Bithumb juga diserang oleh penggodam yang menyebabkan kehilangan matawang-Crypto sehingga lebih daripada $1 juta. Seorang lelaki dari Pennsylvania juga mengakui beliau telah mencuri $40 juta nilai Bitcoin baru-baru ini.

Walaupun dengan insiden-insiden ini, matawang digital terus mendapat perhatian bahkan semakin popular dari hari ke hari.

Rekod yang agak mengejutkan adalah Etherium di mana hanya bernilai $8 sahaja pada awal 2017, tetapi kini telah naik sehingga $423.07 setakat pukul 8.56 malam pada Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat