Pemegang Kripto Di Negara Asia Jadi Buruan Pihak Berkuasa, Dah Kenapa?

4,830

Di beberapa negara Asia seperti Korea Selatan dan Jepun, isu mengelak cukai dalam kalangan pelabur kripto menjadi isu hangat. Dalam laporan terkini, sebuah bandar di Korea Selatan kini aktif mengejar pelabur kripto yang mengelak dari membayar cukai.

Berdasarkan laporan Gugkje News, pihak berkuasa Gyeongju, di daerah Gyeongsang Utara telah mengenalpasti beberapa isu dimana individu dilaporkan menukarkan wang ke dalam matawang kripto tanpa mengisytiharkan kepada pihak berkuasa.

Dalam undang-undang maklumat kewangan khusus yang baru menguatkuasakan pemantauan pertukaran kripto dan pengelakan dari membayar cukai. Pihak pentadbiran Kota Gyeongju dan Daerah Gyeongsang Utara bekerjasama dengan empat pertukaran kripto domestik untuk mengenalpasti para penghindar cukai.

Ketika penulisan, 511 individu telah dikenalpasti dan sedang disiasat. Pertukaran kripto domestik juga diminta untuk melaporkan sebarang transaksi yang mencurigakan yang dilakukan melalui platform mereka.

Dalam masa yang sama, Perkhidmatan Cukai Nasional Korea Selatan (NTS) telah mengenal pasti 2,416 individu yang dilaporkan menyembunyikan aset mereka dalam kripto untuk memintas cukai.

Justeru, pihak berkuasa mengancam untuk merampas pemilikan kripto mereka yang di simpan di wallet mahupun di pertukaran sekiranya mereka mendapati terdapat penyelewengan dan pengelakan cukai bagi setia individu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat