Pemenang Oscar Ini Lancarkan Platform Metaverse Pada Hari Lahirnya!

73

“Lepasni tak payah susah-susah pergi konsert dah, tengok dekat metaverse je.”

Sempena sambutan hari lahirnya ke-56, pemenang Oscar AR Rahman yang merupakan komposer dan pengarah muzik terkenal India bakal melancarkan platform metaverse sendiri digelar “Katraar” dalam tempoh terdekat ini.

Selain mengandungi karya asal oleh Rahman, Katraar dilaporkan akan memberi peluang kepada para pemuzik memperoleh sejumlah keuntungan dengan memuat naik karya masing-masing dalam platform muzik digital tersebut.

Umumnya, Rahman telah mengarang muzik untuk filem Tamilnya bertajuk “Roja” selepas pengarah Mani Ratnam berminat dengan muzik yang ditulis beliau dan tidak dilupakan juga kerjasamanya bersama pemuzik antarabangsa.

Bukan itu sahaja, pengarah tersebut turut tertarik dengan Rahman kerana lakonannya dalam filem Bombay dan Dil Se serta menerima enam anugerah filem kebangsaan termasuk dua Oscar.

Secara konteks, Karthik merupakan antara penyanyi Tamil pertama yang melancarkan muzik NFT pada 14 April lepas dengan membuat persembahan dalam metaverse.

Difahamkan juga bahawa NFT akan memberi pelbagai manfaat kepada pemuzik dan pencipta termasuk dapat merapatkan lagi hubungan dengan peminatnya.

Suka dimaklumkan bahawa metaverse tidak lama lagi akan menampilkan pelbagai karya dari seluruh dunia, di mana setakat ini Yayasan HBAR sedang berusaha bangunkan metaverse melalui Hedera Network.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat