Pemilihan Pengerusi Fed Baru, Yellen Bukan Dalam Senarai Trump

58

Sebelum ini pengerusi Federal Reserve, Janet Yellen dijangka akan dilantik semula untuk menjalankan tugas beliau mengendalikan bank paling berkuasa di dunia apabila tempoh jawatannya tamat pada bulan Februari depan.

Namun pandangan ini berubah apabila Trump telah mengadakan empat kali pertemuan bersama-sama calon-calon pengerusi Fed yang lain di samping beliau turut mengumumkan akan membuat keputusan lebih awal daripada jangkaan.

Dalam Q&A bersama wartawan pada hari Jumaat yang lepas, Trump mengatakan daripada menunggu sehingga tahun depan, beliau akan memilih pengerusi Fed seterusnya dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Trump dan setiausaha perbendaharaan, Stever Mnuchin telah bertemu dengan Kevin Warsh dan Jerome Powell pada minggu lalu bagi membincangkan kelayakan mereka mengambil alih jawatan Yellen.

Siapakah Kevin Warsh?

  • Salah seorang ahli lembaga Fed sewaktu krisis kewangan dahulu
  • Ahli akademik daripada Standford Hoover Institute
  • Pandangan beliau dilihat seiring dengan pandangan Trump
  • Antara pandangan kritis beliau apabila menegaskan bawah Fed bukanlah sebuah badan bebas seperti yang difikirkan oleh orang ramai. Fed perlu melaksanakan tanggungjawab kepada Kongress, masyarakat dan juga presiden.
  • Jangkaan Kevin sebagai calon pengerusi Fed melonjak sejak beliau menjadi penasihat ekonomi Trump

Siapakah Jerome Powell?

  • Sedang berkhidmat bersama lembaga Gabenor
  • Dilihat sebagai calon yang mempunyai peluang tipis untuk menang
  • Namun pandangan ramai mula berubah selepas berita temuduga beliau bersama Trump dikeluarkan pada minggu lepas.
  • Beliau masih dilihat sebagai calon yang lebih utama daripada Yellen
  • Walaupun Powell merupakan calon yang berfikiran konservatif, namun cukup prasyarat untuk diletakkan dalam pencalonan Trump
  • Antara latar belakang beliau adalah berkhidmat dalam bidang ekuiti, pelaburan bank dan bersama Jabatan Perbendaharaan di bawah pimipinan George H.W Bush

Siapakah yang berada dalam fikiran Trump ketika ini? Yang pasti, Yellen akan terus menghitung hari-hari terakhir beliau bersama Fed.

Sumber: The Atlas
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat