Pemimpin Suruhanjaya Eropah Persoalkan Tarikh Akhir Peralihan Brexit!

241

Presiden Suruhanja Kesatuan Eropah, Ursula von der Leyen telah mengulas mengenai tindakan Boris Johnso terhada tarikh akhir isu Brexit pada hari Jumaat,. Menurut beliau, Kesatuan Eropah berkemungkinan perlu melanjutkan tarikh akhir Brexit untuk membincangkan hubungan perdagangan baru dengan Britain.

Tambah Von der Leyen,kedua-dua belah pihak perlu memikirkan dan menilai secara serius mengenai peruntukan masa bagi merundingkan perjanjian perdagangan baru dan menunaikan perjanjian terhadap beberapa isu lain.

Dalam sebuah kenyataan beliau kepada wartawan, “adalah sesuatu yang munasabah untuk menilai terlebih dahulu sehingga pertengahan tahun dan kemudian jika perlu maka tempoh peralihan mungkin harus dilanjutkan”.

UK telah menetapkan tarikh akhir peralihan dari Kesatuan Eropah pada Disember 2020 bagi mencapai kesepakatan perdagangan baru dengan Kesatuan Eropah. Dalam ulasan yang terpisah, von der Leyen mengulas mengenai tarikh akhir peralihan UK yang telah ditetapkan pada 31 Disember 2020, kata beliau hal ini sangat membimbangkan kerana masa yang diperuntukan sangat singkat untuk merundingkan pelbagai isu. Tambah beliau, hal ini tidak sahaja menyangkut isu perdagangan tetapi juga pendidikan, pengangkutan, perikanan dan isu-isu lain.

Pada ketika ini kedua-dua belah pihak sedang berusaha menjalin kerjasama yang lebih erat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat