Peminat Matawang GBP Mesti Baca, Event Utama Penggerak Sterling

69

Lebih kurang tiga bulan lagi sehingga mesyuarat penting ketua-ketua Eropah yang akan membentuk keputusan terakhir bagi perpisahan antara EU-UK. Perhimpunan ini akan berlangsung pada 19-20 Oktober di mana pedagang-pedagang forex khususnya akan berhadapan dengan pilihanraya Jerman.

Dengan rundingan bersambung minggu ini di Brussel, ketua perunding EU Michael Barnier mengatakan “kemajuan yang mencukupi” perlu dibuat dalam terma perpisahan sebelum membincangkan tentang hubungan perdagangan di masa hadapan.

“Pasaran ketika ini melihat tiada perjanjian antara kedua pihak dan UK akan berhadapan dengan Hard-Brexit,” kata Neil Jones ketua pengurus dana di Mizuho Bank Ltd di London, dengan menambah, “voaltility berkemungkinan begitu tinggi jika senarionya adalah Soft-Brexit.”

Selain itu, pasaran juga mengambil kira faktor dua mesyuarat Bank of England dan pilihanraya umum Jerman pada September. Tinjauan terkini menunjukkan Angela Merkel dijangka memenangi penggal keempat sebagai Chancellor Jerman, tetapi pendirian beliau terhadap Brexit masih belum jelas.

Pilihanraya mengejut Jun lalu dilihat sebagai tindakan berjudi oleh Theresa May dan minggu lalu juga pihak UK menjelaskan buat kali pertama bahawa mereka perlu membayar sejumlah wang untuk meninggalkan EU, salah satu isu panas yang banyak diperdebatkan sebelum ini.

Pilihanraya mengejut yang menyaksikan parti Konservatif kehilangan majoriti telah menyebabkan matawang Sterling di bawah tekanan apabila jatuh sehingga 300 pip dalam masa sehari. Pada mulanya May mahu mendapatkan sokongan yang lebih utuh dengan harapan Konservatif mendapat lebih banyak kerusi di Parlimen UK, namun sebaliknya yang berlaku di mana kredibiliti May semakin diragui.

Secara keseluruhan, bagi melihat impak Brexit kepada Sterling adalah dengan melihat perkembangan terbaru rundingan antara EU-UK sama ada ia menjurus kepada Soft-Brexit atau Hard-Brexit.

Maksud Hard-Brexit dan Soft-Brexit

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat