Pemulangan Semula Hampir 140K BTC MtGox Mula Cetus Kekhuatiran Pasaran! Ini Apa Yang Berlaku

1,047

Pada 8 tahun yang lalu, pasaran kripto dikejutkan dengan peristiwa rompakan mata wang kripto terbesar pernah berlaku. Sejak itu, para pelabur berjuang untuk mendapatkan kembali kembali beberapa token mereka.

Mt. Gox merupakan bursa bitcoin yang pernah dominan telah digodam dan menyebabkan kehilangan 850,000 bitcoin berikutan pengeluaran besar-besar oleh penggondam, menyebabkan bursa tersebut menfailkan muflis pada tahun 2014. Para pengguna dan badan berwajib telah berganding bahu untuk mencari siapakah penjenayah yang melarikan diri dengan mata wang digital dan litigasi sivil mereka untuk mendapatkan semula 140,000 bitcoin yang dapat dikenalpasti.

Di bawah pelan yang diluluskan oleh pemiutang, pemegang amanah yang mengendalikan pengagihan semula aset berkata bulan lalu mereka telah menghampiri kepada fasa pembayaran balik bitcoin, mata wang kripto spinoff yang dipanggil tunai bitcoin dan wang tunai biasa akan dipulangkan kembali oleh kerajaan kepada mangsa.

Tidak jelas sejauh mana pemulangan kembali bitcoin kepada mangsa (pengguna) akan beri impak pada pasaran. Pengguna yang menerima kembali pegangan Bitcoin mereka berkemungkinan akan menjual atau menahan pegangan Bitcoin. Jika dilihat pada harga lepas, Bitcoin bernilai kira-kira $540 setiap satu apabila Mt. Gox memfailkan kebankrapan. Walaupun dengan penjualan baru-baru ini, BTC telah meningkat lebih daripada 3,500% sejak itu.

Pemegang amanah juga memberi pemiutang pilihan untuk mengambil campuran kripto dan tunai sekaran atau menunggu pembayaran kemudian dengan kemungkinan mendapatkan lebih banyak dana.

Laporan pemegang amanah 2019 menunjukkan bahawa pemegang amanah memegang:

141,686 bitcoin
142,846 tunai bitcoin
69,776,002,441 yen Jepun.

Disis yang lain, pasaran kripto pada minggu lalu telah mengalami kejatuhan apabila harga BTC jatuh daripada paras harga melebihi $25,200 kepada paras terendah beberapa minggu di bawah $21,000. Ini semua berlaku dalam masa kurang daripada tujuh hari.

Permulaan minggu semasa juga tidak mempunyai sebarang sentimen positif. Berdasarkan laporan, 140k BTC dijangka akan dikembalikan bermula pada hujung bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat