Pemulihan Bank Dunia Global Memakan Masa Bertahun

250

Pandemik Covid-19 dan kejutan harga minyak pada tahun ini memberi kesan yang besar kepada bank global, menurut S&P Global Ratings.

Dalam laporannya bertajuk “Global Banking: Recovery Will Stretch To 2023 And Beyond” yang dikeluarkan hari ini, S&P tidak menjangkakan sektor perbankan terbesar dunia, termasuklah lebih daripada separuh negara G20 akan pulih ke tahap pra-Covid-19 hingga 2023.

Penganalisis kredit S&P Global Ratings, Gavin Gunning berkata, kesan terhadap institusi kewangan di peringkat global adalah negatif.

Tambah Gunning, pihaknya telah menyemak semula trend ekonomi atau industri secara negatif yang menyokong kekuatan kewangan kebanyakan bidang kuasa perbankan di seluruh dunia.

Beliau mengatakan bahawa trend ini harus berterusan.

“Tambahan pula, kami telah melihat momentum penarafan negatif mempengaruhi institusi kewangan dalam kebanyakan bidang kuasa perbankan utama, menunjukkan akan berlakunya risiko penyusutan.

“Bahkan untuk bidang kuasa perbankan yang kurang terjejas, pemulihan ke tahap pra-Covid-19 tidak mungkin terjadi sebelum akhir tahun 2022. Bidang kuasa ini merangkumi China, Kanada, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan dan Arab Saudi. Risiko penyusutan kekal bagi bidang kuasa perbankan ini, menurut pandangan kami,” jelas Gunning.

Ujar Gunning, langkah penarafan negatif sejak 1 Mac hingga 7 September lalu, merangkumi 234 langkah penarafan di bank dan 101 langkah penarafan terhadap institusi kewangan bukan bank (NBFI).

Menurut beliau lagi, bagi menganggarkan bentuk pemulihan bagi bank-bank, pihaknya telah menganalisis 20 sistem perbankan terbesar di dunia dalam laporannya.

Gunning turut menyatakan kerugian akibat pinjaman yang berkaitan dengan wabak, berkemungkinan akan meningkat secara mendadak untuk sistem perbankan Amerika Syarikat (AS) dan Kanada pada tahun ini serta tahun hadapan.

“Pemulihan ekonomi sepenuhnya mungkin memerlukan beberapa tahun lagi,” ujar Gunning.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat