Pemulihan Bekalan Minyak Mentah di Libya Punca Kejatuhan Harga Dalam Sesi Ini

37

Harga minyak mentah jatuh pada hari Selasa selepas pengeluaran minyak mentah di Libya kembali pulih disamping peningkatan aktiviti penggerudian AS yang berpotensi untuk meningkatkan bekalan.

Brent mentah yang menjadi penanda aras antarabangsa menurun sebanyak 20 sen kepada $52.92 setong. Dalam sesi ini, minyak mentah dibuka lebih perlahan pada $50.04 setong.

Kedua-dua penanda aras ini pulih daripada kejatuhan di paras terendah dalam tempoh empat bulan pada minggu lepas apabila OPEC dijangka akan melanjutkan perjanjian yang telah mula dipersetujui pada tahun lepas.

Walau bagaimanapun, inventori global kekal berada pada paras tertinggi sehingga menyebabkan kebanyakan trader beranggapan bahawa OPEC akan mengambil masa yang agak panjang bagi menstabilkan semula pasaran.

Memetik kenyataan penganalisis kanan di salah sebuah broker di London, pemulihan bekalan di Libya menambah tekanan buat pasaran minyak.

Lebih memberatkan keadaan, aktiviti penggerudian minyak di AS masih menunjukkan peningkatan.

Dalam satu laporan pada Jumaat, Baker Hughes melaporkan bahawa aktiviti penggerudian AS meningkat buat minggu ke-11 berturut-turut.

Menurut seorang penganalisis UBS, Giovanni Staynovo, beliau berpandangan bahawa OPEC mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk mengawal jumlah bekalan di dalam pasaran.

Namun begitu, kesungguhan OPEC memungkinkan minyak Brent untuk terbang setinggi $60 dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Andaian May dianggap Tidak Berasas Tanpa Bukti Yang Kukuh : Hilary Benn

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat