Pemulihan Ekonomi UK Dijangka Suram?

203

Prospek terhadap pemulihan ekonomi di UK tampaknya akan terganggu disebabkan ancaman terbaru daripada varian coronavirus Omicron dan masalah gangguan rantaian bekalan yang masih berterusan.

Walaupun masih belum jelas mengenai ‘bahaya’ varian baharu itu, namun kebanyakan negara di seluruh dunia telah mengambil langkah awal untuk memperketatkan kawalan sempadan.

KPMG UK memberi amaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mungkin akan menurun pada separuh pertama tahun depan jika lebih banyak sekatan diperkenalkan untuk memerangi Omicron.

Menurut senario utamanya, KPMG melihat kerajaan UK akan mengembalikan semula sekatan pergerakan sosial pada Januari dan Februari 2022, ekonomi akan menguncup sekitar 2% pada suku pertama tahun depan. Ia juga akan memperlambatkan pertumbuhan kepada 2.6% berbanding 6.7% pada tahun ini.

Dalam senario lain, jika peningkatan ketara dalam kes Covid-19 mencetuskan sekatan lain pada awal 2022, ia akan mencetuskan kejatuhan mendadak KDNK ke sekitar 4.2% pada suku pertama, yang mengheret pertumbuhan tahun depan kepada hanya 1.8%.

Meskipun momentum pertumbuhan dijangka berkurang sehingga vaksin penggalak dilancarkan untuk hentikan kenaikan kes, impak penuh varian tersebut bergantung pada peningkatan kes Covid dan sebaang sekatan penjaran sosial yang dilaksanakan.

Sementara itu, CBI mengurangkan ramalan pertumbuhan ekonomi UK disebabkan gangguan rantaian bekalan yang masih membelenggu kepada 6.9% tahun ini daripada 8.2% sebelumnya, dan kepada 5.1% untuk 2022 berbanding jangkaan awal sebanyak 6.1%.

Berikutan masalah rantaian bekalan global, CBI menyarankan bahawa kerajaan perlu mengambil langkah baru untuk mengekang dari mengalami kejatuhan pelaburan peniagaan pada masa akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat