Pemulihan Ekonomi Zon Eropah Masih Berada Pada Tahap Yang Membimbangkan

37

Ketua Ekonomi Bank Pusat Eropah, Peter Praet berkata semalam bahawa pemulihan ekonomi Eropah masih berada pada tahap yang rapuh.

Praet juga memberi amaran bahawa proses ini bergantung kepada sokongan besar ECB walaupun petunjuk terkini PMI menunjukkan bacaan positif yang agak mengejutkan.

Majlis Kerajaan setakat ini juga telah menentang beberapa hujah yang menyeru agar bank pusat mengetatkan dasar kewangan berikutan kadar pertumbuhan yang dilihat semakin bertambah baik.

Walaupun kadar pemulihan sentiasa berada pada posisi bertahan, disamping petunjuk yang agak kuat diterima dari semua sektor, dasar politik yang tidak menentu telah menambah kebimbangan buat Zon Eropah.

Ketidaktentuan politik yang berlaku disebabkan pilihan raya utama yang bakal berlangsung di Zon tersebut dilihat berpotensi dalam meningkatkan risiko menurun bagi unjuran ekonomi.

Kiwi Melonjak Sementara Aussie Merosot Dalam Sesi Ini

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat