Penangan FOMC, GBP/USD Menjunam 150 Pips!

606

Pound Sterling terus bergerak lemah berbanding US dolar selepas keputusan mesyuarat FOMC awal pagi tadi memihak kepada pengukuhan US dolar.

Walaupun Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah dan polisi semasa, namun petunjuk positif untuk unjuran ekonomi dan polisi masa hadapan telah menarik perhatian pelabur untuk meningkatkan permintaan terhadap US dolar dalam pasaran.

Sementara Pound terus dijangka untuk bergerak lemah selepas sentimen ekonomi UK yang membimbangkan susulan lanjutan tempoh sekatan pergerakan kepada 19 Julai.

Laporan data pekerjaan serta data inflasi UK yang diterbitkan pada minggu ini juga tetap gagal untuk mencetuskan lonjakan pada nilai Pound.

Justeru, dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semakin memaparkan corak penurunan untuk isyarat trend bearish yang lebih jelas.

Jika diperhatikan pada dagangan semalam, harga pada mulanya dijangka untuk menguji paras 1.41000 pada zon SBR (support become resistance). Namun, harga berjaya meningkat sedikit tinggi dari paras tersebut selepas data inflasi UK diterbitkan meningkat.

Namun selepas bergerak mendatar di atas paras tersebut sehingga bersambung di awal sesi New York, harga telah menjunam 100 pips susulan keputusan mesyuarat FOMC menjadikan penurunan harian semalam dicatatkan sekitar 150 pips.

Penurunan harga telah berjaya melepasi paras sokongan 1.4000, namun selepas pergerakan harga kembali perlahan bersambung pada sesi Asia pagi Khamis, harga berlegar semula di sekitar paras tersebut.

Penurunan lebih rendah akan dijangkakan untuk harga menuju pula ke paras 1.39200 yang menjadi zon tumpuan pada dagangan awal Mei lalu.

Jika kenaikan harga berjaya dilakukan semula, zon SBR 1.41000 masih menjadi tumpuan harga untuk diuji sebelum isyarat kenaikan yang lebih tinggi.

Melepasi zon tersebut akan menjangkakan kenaikan semula harga ke zon rintangan 1.42000 sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat