Penangan Shiba Inu Belum Tamat! Apakah SHIB Bakal Menyalak Kembali?

2,813

Penangan Shiba Inu nampaknya masih belum berakhir walaupun harganya telah merundum selepas capai paras tertinggi. Laporan terkini menunjukkn para pelabur yang memiliki dana besar telah membeli aset kript Shiba Inu sebanyak 74.9 bilion pada awal pagi hari ini setelah SHIB merosot dari tempat ke-14 ke tempat ke-21 di CoinMarketCap.

Sejak 11 Oktober, Shiba Inu telah kehilangan sekitar dua bilion dolar dalam nilai pasaran, turun dari $ 12 bilion menjadi $ 10 bilion.

Sejak akhir-akhir ini, kripto meme yang dilhamkan dari baka anjing Shiba Inu dan sering disebut sebagai pengganti ‘Dogecoin’ oleh komuniti kripto telah menjadi satu trend menyebabkan ramai pelabur mula mengambil bahagian dengan memegang SHIB. Susulan itu, harga SHIB telah menunjukkan peningkatan lebih dari 300% dalam satu minggu.

Pada 7 Oktober yang lalu harga SHIB telah mencecah $ 0,00003314. Walau bagaimanapun, ia masih kurang 30% di bawah paras tertinggi sepanjang masa $ 0.00004999 yang dicapai pada 10 Mei. Pada masa ini, SHIB telah menurun sebanyak 30.00%, diperdagangkan pada 0.00002513 di Binance.

Ditengah kejatuhan ini, kelompok ‘whale’ telah melabur hampir $ 2 juta dengan membeili Shiba Inu. Disisi lain terdapat ura-ura bahawa pertukaran kripto terbesar di Turki, BtcTurk, juga merancang untuk menyenaraikan pesaing Dogecoin ini tidak lama lagi.

Berdasarkan data terbaru yang diterbitkan di Twitter, SHIB mendapat lebih banyak perhatian berbanding Bitcoin, Ethereum, DOGE, ADA dan 10 altcoin teratas yang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat